Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat telah menahan seorang pemilik perniagaan barangan lusuh kerana kesalahan memberi rasuah kepada anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 11 pagi tadi.

Suspek difahamkan telah memberikan wang rasuah sebanyak RM8,000.00 kepada penguat kuasa sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas premis perniagaannya yang telah diberikan notis di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana menjalankan aktiviti mengumpul barangan lusuh tanpa permit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.  Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.-MalaysiqGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast