Kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dan keterjaminan makan dibincangkan antara Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup bersama Menteri Pertanian Dan Agri-Makanan Kanada, Lawrence MacAulay.

KUALA LUMPUR – Kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dan keterjaminan makan dibincangkan antara Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup bersama Menteri Pertanian Dan Agri-Makanan Kanada, Lawrence MacAulay.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi kenyataan berkata, kedua-dua menteri itu turut menyatakan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian, perikanan dan ternakan.

“Serta mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian,” katanya.

Terdahulu Arthur menerima kunjungan hormat daripada Lawrence MacAula di Wisma Tani, Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM, Datuk Azah Hanim Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr. Akma Ngah Hamid serta para pegawai kanan KPKM dan jabatan atau agensi terlibat.

Ujar KPKM, semasa pertemuan, Arthur turut memperkenalkan produk pertanian Malaysia yang berkualiti seperti nanas.

Beliau juga menyatakan hasrat untuk mengeksport buah-buahan tropikal tempatan kepada pasaran Kanada.

Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Kanada yang mengambil giliran jawatan Pengerusi Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) bagi tahun 2024.

Dalam masa yang sama, Arthur menjemput Lawrence ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September 2024.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast