Gambar : IPD Lipis

KUANTAN – Seorang pengurus Felda cedera di kepala manakala isterinya maut apabila kereta dipandunya terbabas jatuh daripada jambatan di Kilometer 2, Jalan Sungai Koyan – Raub, Lipis petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, kejadian berlaku pukul 6.57 petang membabitkan kereta Perodua Kancil dipandu lelaki berusia 50 tahun itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut datang dari arah Raub menghala ke Sungai Koyan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu Kancil itu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jambatan dan jatuh terjunam ke bawah jambatan.

“Akibat dari kemalangan ini, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut namun penumpang yang juga isterinya telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast