Sidang Media yang diadakan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa MHO berkaitan pelaburan yang disyaki tidak sah anjuran sebuah syarikat koperasi di Nasken Coffee, Jalan Tasik Utama Sg Besi. Foto SYADILA AMARI, 6 JANUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Seramai 26 mangsa yang kerugian lebih RM2 juta daripada pelaburan dalam sebuah koperasi berselindung di sebalik konsep patuh syariah membuat laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bercakap kepada MalaysiaGazette, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)  berkata,, pelbagai bentuk pelaburan ditawarkan kepada mangsa menggunakan nama dan syarikat sendirian berhad, sedangkan kegiatan dikuasai sepenuhnya ahli lembaga koperasi itu.

Datuk Hishamuddin Hashim berkata, syarikat sendirian berhad adalah pelaksana 10 jenis skim pelaburan ditawarkan bagi mengaburi mata dan mengelirukan mangsa lagi-lagi menggunakan alasan patuh syariah.

“Mangsa-mangsa ini sudah melakukan pelbagai usaha dan inisiatif bagi berbincang, berunding, bersemuka dengan syarikat koperasi ini namun hanya alasan dan kekecewaan sahaja. Jelas sekali mereka telah ditipu. Kerana itulah kumpulan datang meminta bantuan MHO.

“Kita sudah buat laporan polis, juga telah membuat sidang media mendedahkan perkembangan kes ini dan hari ini kita hadir menyerahkan aduan kepada SKM. Jika kita lihat, semua tawaran program langganan saham oleh syarikat ini tidak patuh undang-undang.

“Antara undang-undang yang telah diperuntukan untuk kawal selia syarikat pelaburan Malaysia termasuklah Akta Skim Kepentingan 2012, Akta Syarikat 2016, Capital Markets and Services Act 2007, Akta Suruhanjaya Sekuruti Malaysia 1993 dan Anti Money Laundering 2001, kita mohon syarikat koperasi ini disiasat,” katanya.

Kata Hishamuddin yang juga seorang pengamal undang-undang, pakej pelaburan ditawarkan syarikat juga tidak munasabah dengan mangsa mendakwa tidak pernah menerima bayaran dividen dijanjikan.

“Perbuatan ini tidak adil dan melampau kerana ada antara mangsa menggunakan wang simpanan mereka untuk melabur tetapi menjadi mangsa penipuan lagi-lagi guna pakai konon patuh syariah.

“Kita mahu pihak berwajib untuk segera mengambil tindakan siasat secara telus ke atas koperasi serta syarikat berkenaan yang sewenangnya menggunakan wang pelaburan daripada mangsa. Sebelum ini mangsa ada buat laporan namun telah  juga diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Alasan yang diberikan pula mangsa mempunyai perjanjian serta menerima sebahagian dividen mereka. Ia tidak adil kepada mangsa kerana kita dapati kes ini jelas mempunyai elemen penipuan dan pecah amanah, adakah pelaku hendak dibiarkan terus bermaharajalela kerana alasan ini?,” tegasnya. -MalaysiaGazette

Koperasi didakwa gadai emas tanpa pengetahuan pelabur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast