Delegasi Malaysia melawat pesakit Palestin di Hsopital Mesir. Foto FB Datuk Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR – Delegasi Ahli Parlimen Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin melawat mangsa perang Gaza di sebuah hospital Palestin di Mesir pada Khamis.

Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi hantaran di platform X pada Jumaat memaklumkan bahawa delegasi itu turut diiringi Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) Tarek Arafat.

Delegasi itu terdiri Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang-PKR), Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik-Pas), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan-UMNO) dan Senator Datuk Dr Mohd Hattta Md Ramli (Amanah).

Menurut Wisma Putra delegasi itu sedang dalam perjalanan ke Rafah.

Dalam hantaran berasingan di X, Wisma Putra berkata Mohamad juga bertemu rakan sejawatannya dari Mesir Hamdy Loza pada Khamis.

Lawatan khas ke Mesir dari 21 hingga 24 Feb itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan mempamerkan sokongan padu Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Dalam kenyataan pada Khamis, Wisma Putra berkata delegasi itu akan melawat pusat pemeriksaan sempadan Rafah-Gaza, lokasi bekalan bantuan kecemasan dan kemanusiaan dari Malaysia disalurkan ke Gaza.

Delegasi itu turut menyerahkan sumbangan dari Malaysia kepada Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) dan PRCS masing-masing berjumlah US$250,000 (RM1.2 juta) dan US$500,000 (RM2.4 juta). – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast