Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Johor Mersing - Felda Tenggaroh, pada malam semalam.

MERSING – Enam cedera manakala dua lagi terselamat dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Johor Mersing – Felda Tenggaroh malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamed Zainuddin Ahmad dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan pukul 9.01 malam.

Katanya, satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan 11 anggota dari BBP Mersing dihantar ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, Proton Satria Neo dan Toyota Vios. Nahas mengakibatkan pemandu Proton Satria Neonseorang lelaki dewasa  tersepit dan satu penumpang lelaki dalam keadaan terselamat dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak perubatan di lokasi untuk tindakan selanjutnya.

“Lima mangsa yang berada di dalam Perodua Alza turut cedera dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam serta dihantar ke hospital dengan ambulans sebelum PKO tiba.

“Bagaimanapun, pemandu dan penumpang Toyota Vios selamat,” katanya.

Operasi ditamatkan pukul 10.53 malam.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast