GEORGE TOWN – Sambutan hari lahir tidak disertai dengan unsur khurafat serta sekadar mengenang anak yang telah meninggal dunia hukumnya adalah harus bukan haram.

Demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor ketika diminta mengulas tular gambar sepasangan suami isteri menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka dengan membawa kek ke tanah perkuburan.

Menurut beliau, sambutan itu sebaiknya dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa memohon rahmat Allah SWT untuk kesejahteraan anak tersebut di alam barzakh.

“Hukuman sambutan hari lahir bagi anak yang telah meninggal dunia bukan haram jika kita tidak melakukan perkara khurafat.

“Bagaimanapun, dalam masa sama, kita perlu menjaga adab ziarah kubur dan jangan melakukan perbuatan haram.

“,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam tular perkongsian Ismanira Abdul Manaf yang memuat naik gambar kek hari lahir hiasan dinosaur sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ismanira memuat naik gambar kek tersebut pada InstaStory dengan berlatar belakang kubur Zayn Rayyan yang juga kanak-kanak autistik.

Media pada Disember lalu melaporkan, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya, Selangor.

Tubuh kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui penduduk kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast