Tular seorang kanak-kanak yang memandu dalam kejadian dikatakan berlaku di Taman Daya sambil ditemani seorang lelaki dewasa.

JOHOR BAHRU – Tular di media sosial seorang remaja berusia 13 tahun memandu kereta menimbulkan kebimbangan orang ramai baru-baru ini.

Kejadian seorang remaja tular memandu sebuah kereta sambil ditemani seorang  lelaki dewasa itu dikatakan berlaku di taman permainan Taman Daya di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, gara-gara membenarkan remaja memandu kereta seorang  lelaki berdepan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, suspek berusia 25 tahun itu juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Pada Jumaat sekitar 12 tengah hari, pihak kami telah menerima maklumat berhubung gambar yang tular di media sosial memaparkan seorang remaja sedang memandu kenderaan di jalan raya awam dengan seorang lelaki dewasa duduk di sebelah tempat penumpang.

“Hasil siasatan yang dijalankan mengesahkan kejadian berlaku Ahad lalu sekitar 5.30 petang di kawasan taman permainan Taman Daya.

“Ketika kejadian, suspek yang juga merupakan anak pengasuh kepada remaja tersebut telah membenarkan kanak-kanak itu memandu kereta dengan tujuan mengajarnya memandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur-unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast