SPRM hakim
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka pejabat cawangan baharu di Mersing dalam usaha memperluas perkhidmatannya sekali gus mempermudahkan masyarakat
setempat berurusan dengannya.

Perasmian pejabat cawangan baharu yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, hari ini.

Pejabat cawangan Mersing itu terletak di Bangunan JKR 290, Jalan Ibrahim, 86800 Mersing, Johor.

Pejabat berkeluasan 207.68 meter persegi itu dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik merakam kenyataan dan surau selain ruang kerja bagi menempatkan seramai empat warga SPRM.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah atau salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi talian 07-7994400. – MalaysiaGazette