Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na'im Mokhtar berucap pada Majlis Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Foto SYADILA AMARI, 26 FEBRUARI 2024.

PUTRAJAYA – Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar isu 3R (Institusi Diraja, Agama, Bangsa) tidak disentuh perlu dijunjung semua pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau juga menyatakan komitmen semua agensi di bawah jabatan itu akan meneruskan usaha menyebar luas syiar Islam di negara ini.

Beliau berkata, rakyat keseluruhannya khususnya ahli Parlimen diharap dapat menjunjung titah berkenaan supaya perkara sensitif terbabit tidak disentuh dan paling penting tidak dimanipulasi.

“Saya menjunjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong selain mengekalkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Yang di-Pertuan Agong turut menasihati ahli Parlimen dan rakyat untuk memastikan kesatuan dan perpaduan di kalangan seluruh rakyat dapat dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pelancaran Kovensyen al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 di Kompleks Nasyrul Quran di sini hari ini.

Mohd. Na’im menambah, agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia akan memperbanyakkan program berkaitan perpaduan bagi menjunjung titah itu.

Ketika bertitah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini, Sultan Ibrahim mengingatkan kepada segenap rakyat agar tidak memainkan isu 3R (agama, kaum, diraja) demi keamanan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast