Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Lima suspek dipercayai terlibat dalam memukul seorang pemandu kereta sehingga mati di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang akan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini esok pagi.

Semua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh selepas kemalangan pada Rabu lepas.

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Mangsa yang berusia 42 tahun itu diikat tangannya sebelum ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan dan dipukul hingga maut.

Pada insiden itu, mangsa memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan dan beberapa kenderaan lain.

Sejurus kemalangan itu, mangsa dikatakan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2 sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Polis kemudian berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 52 tahun pada jam 2.05 di sekitar kawasan Semenyih serta Beranang untuk membantu siasatan.

Selain itu, dua lagi lelaki ditahan di Kajang yang disyaki terbabit kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast