Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Tiada kelulusan permit dikeluarkan polis untuk menganjurkan Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sehingga 27 Februari pihak penganjur, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), masih gagal mengemukakan pemakluman dan permohonan.

“Bagaimanapun, pihak IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Wangsa Maju telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak penganjur Mega Rakyat Demi Palestin pada 22 Februari lalu.

“Hasil dari perjumpaan tersebut pihak penganjur telah dinasihatkan untuk mengemukakan permakluman dan permohonan permit kepada pihak IPD Wangsa Maju,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu Ashari menasihati orang ramai agar tidak berkumpul
atau mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Menurut beliau, tindakan akan ke atas pihak yang tidak
mematuhi peraturan atau melanggar undang-undang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast