Ridhuan Tee Abdullah
Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah menegaskan, bagi orang Cina makanan bak kut teh memang merujuk kepada sup herba babi.

Beliau yang merupakan mualaf berketurunan Cina berkata, sangat jarang masyarakat Tiong Hua merujuk bak kut teh sebagai sup daging lain.

“Tanyalah orang Cina bila sebut bak kut teh, adakah ia boleh bertukar jadi sup herba ayam, sup herba kambing atau apa-apa sup selain babi sudah sinonim, sebut sahaja bak kut teh, ia adalah sup herba babi.

“Walaupun perkataan ‘bak’ itu tidak merujuk kepada babi. Bak itu adalah daging sudah sinonim dengan babi.

“Jarang sangat orang Cina buat sup herba tanpa babi. Apatah lagi nak letak lembu atau kambing dalam sup tersebut kerana kebanyakan Cina tidak suka makan lembu, ada yang langsung tidak makan lembu. Majoriti mereka suka babi,” kata beliau.

Justeru katanya, ‘menteri’ terbabit tidak perlu berdolak-dalih untuk membuktikan yang dirinya betul dalam mengistilahkan semula bak kut teh sebagai sup herba daging bukan babi.

Sementara itu, Mohd. Ridhuan mendakwa, cadangan menjadi sup babi sebagai makanan warisan mencabar sensitiviti kaum majoriti di negara ini.

“Hakikatnya, cadangan menjadi sup babi ini sebagai makanan warisan memang sangat mencabar sensitiviti majoriti Melayu.

“Ultra kiasu ini langsung secara sengaja tidak mahu faham akan sejarah negara ini, yang bersendikan Melayu bumiputera dan Islam,” katanya.

Semalam sesi Dewan Rakyat menjadi panas dengan isu menjadikan bak kut teh sebagai makanan warisan.

Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) ketika sesi perbahasan titah diraja mempersoalkan tindakan segelintir wakil rakyat yang mempolitikkan serta mewujudkan konflik berkaitan menu tersebut.

“Kalau guna daging babi, jadi tak halal, haram. Gunalah daging yang boleh kita makan, daging kambing, lembu, ayam, itik, daging angsa pun boleh.

“Apa yang masalahnya? Semua benda kita nak dipolitikkan. Ini jadi masalah dalam negara,” katanya.

Howard Lee (PH-Ipoh Timur) bangkit menjelaskan, perkataan ‘bak’ adalah dalam bahasa Hokkien.

“Bak dalam bahasa Hokkien adalah daging, bukan khusus daging khinzir, itu salah. Kalau tu bak, itu daging khinzir, gu bak daging lembu,” jelasnya.

Sementara itu Teresa Kok (PH-Seputeh) turut melahirkan rasa kecewa terhadap seorang pemimpin muda dalam Kerajaan Perpaduan yang lantang mengkritik isu berkenaan.

“Saya berasa kecewa dengan kritikan yang dilontarkan oleh seorang pemimpin muda dalam Kerajaan Perpaduan berkenaan isu bak kut teh yang disenaraikan sebagai makanan warisan,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Nak berdolak dalik..sama lah juga bila org Melayu sebut satey daging…mrk tak sebut satey lembu…tp satey daging automatik ialah satey daging lembu..bukan daging kambing @ daging ayam…kalau nak jd kan warisan negara, seeloknya makanan yg boleh dimakan oleh semua org termasuk majoriti rakyat Malaysia iaitu org Islam. Kalau ya pun nak jdkan masakan Cina sbg warisan negara, dalam hidangan masakan Cina tak da makanan lain kaa utk dicadangkan sebagai warisan negara selain babi???

  2. Kenapa sejak dulu kini dan selamanya ultra kiasu ini tak habis habis nak provoke orang melayu. Apa kamu 8ngat melayu terlalu bodoh ke..dan anggap diri kamu terlalu sepurior. cukup cukup lah berhenti saja menjadi duri dlm daging..Ingat kami MELAYU pun ada maruah. Belajar lah hidup dlm harmoni. Sejak merdeka amat jarang kita melihat MELAYU memprovokasi bangsa lain. Jangan terlalu mencabar.

  3. Sup babi ni takde nilai sejarah yang boleh dikaitkan dengan penduduk asal orang2 Melayu. Ianya hanyalah bawaan kaum immigrant yang datang keTanah Melayu. Oleh itu tak sesuai untuk dimasukkan sebagai makanan warisan???

Comments are closed.