Datuk Allaudeen Abdul Majid.

KUALA LUMPUR – Polis telah selesai merakam keterangan pempengaruh media sosial bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman beliau di Sentul dan melarikan jongkong emas dan wang tunai berjumlah RM3 juta pada Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya juga akan memanggil ahli keluarga mangsa lain untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Perkembangan terkini berhubung kejadian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Program Back To School di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Dalam kejadian antara 10 hingga 12 tengah malam Ahad itu, peti besi yang mengandungi jongkong emas dan sejumlah wang tunai dilarikan termasuk pelbagai beg tangan berjenama miliknya dengan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3.5 juta.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kediaman tersebut dipecah masuk  ketika penghuninya tiada di rumah dan polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast