Keratan layar wanita mendakwa dicabul 50 lelaki Melayu dalam sehari.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mendakwa dirinya telah dicabul 50 lelaki dalam tempoh satu hari ketika tinggal di Malaysia.

Wanita yang menggunakan akaun @ChristineHill di X yang mendakwa dirinya bekas wartawan ekonomi dan tinggal selama lapan tahun di Malaysia berkata, kejadian itu berlaku ketika dia. berjalan kaki dari Pasar Seni ke Hotel Shangri La.

“Saya tinggal di sana dalam dan luar selama 8 tahun dan sentiasa diganggu. Begitu juga dengan wanita kulit putih lain yang saya kenali.

“Saya akhirnya berpindah ke Singapura kerana saya telah mula (membawa) payung besar dan memukul sesiapa sahaja yang memegang payudara saya.

“Berjalan kaki dari Pasar Seni ke Shangri La pada suatu hari— lalu lintas sangat teruk—saya memukul kira-kira 50 lelaki, semuanya Melayu, semuanya cuba meraih payudara saya. Ketika itulah saya sedar saya perlu berpindah,” kata beliau.

Wanita itu turut mendakwa, telah memmbuat aduan kepada pemimpin politik paling kanan yang kemudian mengatakan ia adalah ‘PR’ (hebahan) yang buruk untuk bandar.

Beliau membuat komen tersebut dalam satu hantaran oleh seorang pengguna @davidvolodzko yang mendakwa telah menyaksikan serangan seksual yang teruk di India.

Ini susulan laporan berita seorang wanita dari Sepanyol telah dirogol oleh tujuh orang ketika melancong di India bersama suaminya baru-baru ini.

Christine Hill mendakwa, India bukan satu-satunya negara yang mempunyai masalah tersebut dengan mendakwa, payudara wanita berketurunan ‘kulit putih’ akan dicabul setiap dua minit ketika berjalan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun rata-rata pengguna akaun X yang lain mengecam dakwaan Christine Hill yang disifatkan sebagai sebuah pembohongan.

“Anda tahu ada isu sosial budaya dan agama di Malaysia seperti yang terdapat di mana-mana negara di dunia tetapi untuk mengatakan anda telah diraba 50 kali semasa berjalan dari Shangri La ke Pasar Seni adalah bodoh dan mengurangkan sebarang kesahihan yang mungkin anda miliki untuk mencela orang narsis. Saya rasa malu (dengan anda),” kata @brandconsultant.

“Sejujurnya, saya tidak boleh mengatakan Malaysia adalah negara paling selamat di dunia, tetapi adalah mustahil untuk mempunyai 50 lelaki cuba bertindak sedemikian dalam jarak berjalan kaki yang singkat. Adakah anda membuat laporan atau sokongan oleh mana-mana video atau fakta?” soal @alankllim

“Orang Melayu di Malaysia beragama Islam dan tidak dibenarkan menyentuh babi/khinzir. Anda sepatutnya berada dalam keadaan selamat di Kuala Lumpur. Itulah sebabnya anda selamat 8 tahun yang lalu,” komen @li_crypto.

“Tipikal ketuanan kulit putih mempunyai khayalan dan bercakap tanpa bukti, KL penuh dengan CCTV, mengapa anda tidak melaporkan kepada polis? Dan lihat cermin, anda jelas bukan secawan teh kami dalam estetika Asia, wanita Malaysia lebih cantik daripada anda,” kata @kenkken0606.- MalaysiaGazette