Pegawai Pemantau Operasi Datumcorp, Tengku Khairil Azwan Tengku Abd. Samad (tiga kiri) menyaksikan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah (dua kanan) melakukan gimik perasmian Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) yang akan menarik tumpuan pelancong dalam dan luar negara tentang kebudayaan kaum di Malaysia ketika di Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) muncul sebagai produk baharu dalam sektor pelancongan negara.

Pegawai Pemantau Operasi Datumcorp, Tengku Khairil Azwan Tengku Abd. Samad berkata, MDCC merupakan produk pelancongan yang akan membantu memartabatkan kebudayaan dan tradisi dalam negara yang unik dan pelbagai.

“MDCC diharapkan boleh menjadi produk pelancongan Malaysia bukanlah mudah bagi mendepani cabaran banyak perkara perlu dipelajari dan digembeling bagi memastikan MDCC jadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

“MDCC akan mendidik pelancongan luar negara tentang kebudayaan Malaysia yang sangat cantik ,” katanya majlis preview MDCC yang diadakan di Temu Jelatek, Datum Jelatek Shopping Centre, di sini, hari ini.

Antara persembahan tarian tradisional masyarakat melayu pada pratonton Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) yang akan menarik tumpuan pelancong dalam dan luar negara tentang kebudayaan kaum di Malaysia ketika di Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 MAC 2024.

Khairil Azwan berkata, beliau yakin pemain industri akan memberi sokongan penuh MDCC sehingga ia berjaya kelak.

“Kami menghargai penglibatan semua rakan kerjasama termasuk Pelancongan Selangor. Kami percaya kerjasama ini akan menghasilkan kejayaan,” ujarnya.

Antara persembahan silat pada pratonton Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) yang akan menarik tumpuan pelancong dalam dan luar negara tentang kebudayaan kaum di Malaysia ketika di Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 MAC 2024.

MDCC menawarkan dua pakej yang boleh ditempah iaitu Pakej MDCC Lunch dan Pakej MDCC Dinner, yang mana pelancong dapat mengalami pengalaman kebudayaan etnik yang ada di Malaysia seperti majlis perkahwinan, tarian dan makanan tradisional di Temu Jelatek.

Lokasinya yang strategik dengan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT yang menghubungkan MDCC akan memudahkan pelancong selain fasiliti asas lain termasuk parkir bas-bas persiaran yang luas disediakan.

Produk pelancongan baharu ini diusahakan DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) yang merupakan anak syarikat penuh Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast