KUALA LUMPUR – Media sosial Facebook, Instagram dan Messenger mengalami masalah gangguan besar di syarikat induknya Meta.
Pengguna tiba-tiba mendapati mereka tidak dapat memuatkan aplikasi web seperti biasa.
Di Facebook, mereka telah dilog keluar dan tidak dapat memasukinya semula manakala Instagram tidak berfungsi sama sekali, seperti laporan Independent.
Dalam masa sama, Meta belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya termasuk di platform X.
Bagaimanapun, tapak web penjejakan Down Detector menunjukkan gangguan yang besar di Instagram, Facebook dan Messenger pada Khamis lalu.
Masalah itu dikesan di seluruh dunia dan ia menunjukkan gangguan itu boleh menjadi global.
WhatsApp yang juga dimiliki oleh Meta pula kelihatan berfungsi seperti biasa. – Agensi