Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan cadangan menghapusan pencen penjawat awam disifatkan sebagai jahil.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan Abdul Hadi tidak mengambarkan keadaan sebenar berhubung cadangan berkenaan.

“Sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan jahil sebegini yang tidak memberi gambaran sebenar cadangan Kerajaan Persekutuan, malah pada masa yang sama kenyataannya bertentangan dengan tindakan Kerajaan Kelantan dan institusi Pas sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Hadi dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam mengingatkan kerajaan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan hanya melaungkan slogan Madani tetapi tidak mengikuti ajaran nabi.

Presiden Pas itu berkata, penghapusan pencen penjawat awam adalah bertentangan dengan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dan mendakwa ia telah diperkenalkan oleh Rasullulah ketika baginda menjadi ketua negara Islam pertama di Madinah.

“Kalau nak dikatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak Islamik atau mengikut ajaran Rasulullah SAW pada tahun 2022 Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu agensi Kerajaan Negeri Kelantan, telah melihat skim baharu yang dinamakan Skim Jawatan Tetap Bercarum. Skim ini menggantikan skim pencen dengan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

“Mengapa ketika YIK mengumumkan cadangan ini, tiada bantahan daripada Pas? Adakah Hadi tidak tahu KWSP memiliki pilihan Simpanan Syariah yang diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah?” soal Nik Nazmi.

Beliau turut mendakwa, kebajikan guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tidak terjaga kerana tidak mempunyai caruman KWSP dan caruman Perkeso hanya dilakukan pada 2021 selepas lebih 30 tahun beroperasi.

“Setiap kali isu ini dibangkitkan, mereka akan mengatakan guru guru PASTI bukan bekerja tetapi bersifat sukarelawan.

“Soalan saya, selepas 30 tahun beroperasi bukankah Pas memiliki tanggungjawab moral untuk memastikan kebajikan guru guru PASTI terjaga?” soal Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu.

Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Putrajaya sedang merancang dasar baru bagi pengambilan kakitangan awam dengan sistem jawatan tetap tidak berpencen.

Bagaimanapun di sebalik cadangan menghapuskan pencen itu, penjawat awam lantikan baru akan menikmati carumah KWSP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bila menang kes terhadap godfather sebuah parti chauvanis, rakyat Malaysia ucapkan tahniah kepada Dr Zakir Naik, kerana berada dipihak yang benar dan sentiasa benar.

    Apa2 pun rakyat pohon kpd PMX untuk memberi ruang dalam tv2 perdana kepada Dr Zakir untuk membahaskan hal2 semasa berkenaan Islam. Seorang yang sangat alim rakyat Malaysia sangat merindui Dr Zakir. Rakyat juga sangat mendambakan ilmu2 agama beliau yang sangat mendalam.

Comments are closed.