Sunday, October 27, 2024
Home Seni Hidup Bella terkejut suami ditangkap khalwat, mohon diberi ruang

Bella terkejut suami ditangkap khalwat, mohon diberi ruang

Bella Astillah. Gambar fail.

KUALA LUMPUR – Isteri penyanyi Aliff Aziz yang juga pelakon, Bella Astillah memohon agar semua pihak memberi ruang kepadanya selepas suaminya itu didakwa ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita.

Menerusi temubual bersama Melodi, adik Bella aiitu Didi Astillah memohon agar semua pihak memberikan ruang kepada kakaknya.

Menerusi temubual bersama Melodi, jelas Didi, apa yang berlaku membuatkan mereka terkejut.

Sementara itu, Bella hanya dilihat lebih selesa mendiamkan diri apabila disapa untuk mendapatkan komen lanjut.

Foto video Melodi TV3.

Sebelum ini, kemunculan wanita beranak dua itu di pejabat agama seawal pukul 2.40 pagi tadi yang mencetuskan tanda tanya netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian di akaun media sosial Melodi, pelakon wanita yang berbaju merah jambu dan berkerudung hitam yang mengenakan pelitup muka berada di kawasan terbabit sambil menggunakan telefon bimbit ditemani rakannya yang dipercayai penyanyi, Adira Suhaimi dan Didi.

Terdahulu, tular laporan media apabila seorang selebriti berstatus suami orang dilaporkan berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff dan pasangannya enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu  selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa JAWI berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pepatah orang ada berkata ” Kalau lah saekor anjing yg dah biasa makan najis, kalau tak makan pun dia tetap menghidu jugak”.

Comments are closed.