Wanita berstatus isteri orang ditangkap berkhalwat dengan rakan sekerja di sebuah hotel di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan rakan sekerjanya di sebuah hotel di Tanjong Tokong di sini awal pagi tadi.

Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu hotel berkenaan 1.30 pagi selepas mendapat aduan daripada suami kepada wanita berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Alamin Majok berkata, hasil serbuan membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 37 tahun.

“Semakan mendapati lelaki dan wanita itu bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Suami kepada wanita berkenaan strok bahagian tangan kanan.

Difahamkan, lelaki dan wanita itu merupakan penjawat awam.

Sementara itu, suami kepada wanita berkenaan yang menghidap strok dilihat turut berada di lokasi serbuan.

”Luluh hati bila tahu dan lihat dia (isteri) menduakan saya,” katanya ringkas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast