Muhammad Hatta Kasiim.

BERA- Seramai 150 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk lima orang kanak-kanak warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang hari ini.

Pengarahnya, Muhammad Hatta Kassim berkata, mereka dihantar pulang melalui perkhidmatan feri MV Marina JB dari Berjaya Waterfront Ferry Terminal Stulang Laut, Johor ke Tanjung Pinang, Indonesia.

“Kesemua PATI terdiri daripada 100 orang lelaki dan 45 orang wanita termasuk empat kanak- kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dihantar pulang menggunakan feri pukul 3 petang tadi.

“Mereka adalah tahanan dari Depot Imigresen Kemayan, Bera yang telah selesai menjalani hukuman setelah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Tambah Muhammad Hatta, tiket pulang ke sana disediakan oleh Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bharu (KJRI) JB, katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Menurutnya, program pemindahan PATI yang dikendalikan oleh Depot Imigresen Kemayan ini merupakan sebahagian dari aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh JIM Negeri Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast