Gulai siput sedut antara menu istimewa.

KUALA LUMPUR – Bayangkan keenakan gulai siput sedut  yang dimakan bersama sambal belacan padu ketika berbuka puasa.

Ditambah pula dengan aneka kerabu, ulam-ulaman serta kuih muih tradisional sebagai pelengkap hidangan.

Memang tidak tergambar nikmatnya seolah-olah merasai air tangan masakan ibu sendiri di kampung.

Nikmat gulai siput sedut bukan sekadar terletak pada rasanya semata-mata sebaliknya ada di saat menyedut siput berkenaan.

Bahkan sesiapa sahaja pasti terliur melihat gulainya yang lemak dan kesegaran serta kemanisan siput berkenaan.

Ikan cencaru sambal taucu viral.

Justeru The Face akan menyajikan hidangan yang dinamakan sebagai siput sedut lemak cili padi berkeju sebagai salah satu tarikan selain memberikan kepuasan kepada pengunjung yang berbuka puasa.

Selain itu, menu wajib dan menjadi kegemaran seperti sup gear box; kambing bakar; ayam bakar tebu; laksa Kuala Kangsar; ikan cencaru sambal taucu viral serta daging masak hitam pasti menggamit sesiapa yang datang menikmati hidangan berbuka puasa di sini.

Bagi mereka yang masih meneruskan program diet dan menitikkan pemakanan pemakanan seimbang, terdapat sudut yang menyediakan ulam dan sayur.

Beberapa jenis pencuci mulut turut disediakan kuih gulung, kuih cara berlauk dan banyak lagi disediakan di sini.

Pengunjung yang datang juga akan dihidangkan dengan pelbagai jenis minuman untuk menghilangkan dahaga seperti air jagung; lemon soda, air laici dan air bandung.

Apa yang paling penting, surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung beribadat.

Hidangan berbuka puasa yang dinamakan sebagai Citarasa Bonda ini akan bermula dari 15 Mac sehingga 7 April ini.

Harga yang dikenakan untuk dewasa ialah RM188 bersih dan kanak-kanak (6 tahun ke 12 tahun dan warga emas berusia 65 tahun keatas) pula sebanyak RM95 bersih. – MalaysiaGazette

Hidangan berbuka puasa yang dinamakan sebagai Citarasa Bonda di The Face akan bermula dari 15 Mac sehingga 7 April ini.