Kurma campur butter yang tular.

KUALA LUMPUR – Pengambilan kurma yang dicampur dengan ‘butter’ (mentega) yang tular di media sosial ketika ini tidak digalakan diambil secara kerap dan dalam kuantiti banyak.

Menurut Public Health Malaysia, ia kerana mentega mempunyai lemak tepu dan kalori yang tinggi.

Semalam, makanan tersebut menjadi tular susulan perkongsian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi media sosial Maktabah Al-Bakri.

Beliau berkata, tamar atau kurma kering dengan mentega merupakan makanan kegemaran Rasullullah SAW. – MalaysiaGazette