Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda meninggal dunia ditempat kejadian ekoran mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

KOTA TINGGI – Seorang pengawal keselamatan maut setelah terlibat dalam kemalangan  membabitkan dua kereta di Kilometer 12.5 Jalan Mawai-Tanjung Sedeli dalam kejadian dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan  menunggang motosikal jenis Honda.

“Kejadian berlaku 9.30 malam melibatkan mangsa dan  kereta Proton Saga FL dan Narza Forte. Mangsa berusia 38 tahun meninggal di tempat kejadian ekoran kecederaan di bahagian kepala dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan.

“Sementara itu, pemandu Proton Saga FL iaitu wanita tempatan berusia 29 tahun dan pemandu Naza Forte iaitu lelaki tempatan berusia 24 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 selain hilang lesen kelayakan memandu untuk lima tahun.

Dalam pada itu, polis turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jalanraya demi kesalamatan diri dan pengguna jalanraya lain.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast