Gambar salah seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samu yang dirakam melalui CCTV di tempat kejadian. Foto ihsan IPD Hilir Perak

TELUK INTAN – Seorang tukang masak sebuah restoran bersama isterinya berdepan detik cemas apabila dua lelaki mengugut mencederakan mereka dalam kejadian samun di sebuah bilik sewa di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan pada 6 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8 Mac kira-kira 11.52 pagi.

Menurutnya, mangsa tidak sempat membuat laporan selepas kejadian kerana panik dan takut diganggu semula oleh suspek sehingga diminta pemilik restoran tempat mereka bekerja untuk berbuat demikian.

“Dalam kejadian sekitar 12.30 tengah malam, pasangan suami isteri terbabit didatangi dua orang suspek yang tidak bersenjata di bilik sewa mereka.

Dua suspek kes samun tukang masak dan isteri diburu
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARI 2024.

“Suspek disyaki warga tempatan itu memaksa mangsa membuka pintu bilik serta  mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya pintu tidak dibuka.

“Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan bertindak membuka pintu dan suspek terus menggeledah bilik serta menemui wang tunai simpanan pasangan itu yang berjumlah RM32,000 yang disimpan di dalam beg pakaian.

“Selepas berjaya mendapatkan wang, suspek sempat menarik salah seorang mangsa (suami) masuk ke dalam sebuah kereta namun mangsa berjaya melarikan diri. Kedua-dua mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam insdien tersebut,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau berkata, hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati suspek terbabit merupakan dua lelaki berusia lingkungan awal 30-an, bertubuh gempal serta berketinggian lebih kurang 175 sentimeter. – MalaysiaGazette

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan,” jelasnya.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Hasryman Osman di talian 05-623 3969 atau 011-6331 9773. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast