Dr Veerinderjeet Singh

KUALA LUMPUR – KPMG Malaysia melantik Dr Veerinderjeet Singh sebagai Penasihat Kanan Polisi Cukai berkuat kuasa 1 Mac 2024.

Veerinderjeet mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam pengurusan cukai dalam sektor awam, akademik, firma profesional dan sektor korporat sebagai ahli lembaga pengarah dalam entiti awam termasuk dilantik oleh Kementerian Kewangan di Malaysia sebagai sebahagian daripada Jawatankuasa Pembaharuan Cukai dari 2018 hingga 2020.

Sebelum pelantikan ini di KPMG, beliau adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Tricor Malaysia, Pengerusi Eksekutif/CEO Axcelasia Inc (yang disenaraikan di Catalist Board di Singapura) dan Pengerusi/Pengarah Urusan Taxand Malaysia.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi, Lembaga Piawaian Etika Institut Akauntan Malaysia (MIA), Ahli Majlis Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan ahli Exco Persatuan Fiskal Antarabangsa (Cawangan Malaysia).

Selain itu, beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Biro Dokumentasi Fiskal Antarabangsa yang berpangkalan di Amsterdam, dan merupakan Naib Pengerusi Suruhanjaya Cukai Global mengenai Percukaian di Dewan Perniagaan Antarabangsa yang berpangkalan di Paris. Beliau juga merupakan Presiden Lalu MIA, MICPA dan Institut Cukai Bertauliah Malaysia.

Mengulas pelantikannya, Veerinderjeet berkata: “Saya gembira dengan pelantikan ini untuk menyokong pasukan penasihat cukai firma. Percukaian memainkan fungsi penting untuk pembangunan ekonomi mana-mana negara. Dasar cukai yang betul akan meningkatkan produktiviti, meningkatkan pertumbuhan sektor industri, dan menarik FDI yang bermanfaat kepada Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Johan Idris, Rakan Kongsi Urusan KPMG di Malaysia berkata, Veerinderjeet memulakan kerjayanya di KPMG dan pelantikan ini adalah dialu-alukan.

Sebagai penasihat kanan untuk firma itu, beliau akan menyokong KPMG dan komuniti perniagaan yang lebih luas dalam menguruskan landskap cukai yang semakin rumit.

“Pengalaman luas beliau akan meningkatkan nilai tawaran nasihat cukai KPMG kepada pelanggan kami,” kata Johan. – MalaysiaGazette