Kemalangan maut di Jalan Muar Tangkak- Gambar ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan di Jalan Muar Tangkak kira-kira jam 2.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan  berlaku semasa mangsa yang memandu Nissan Sentra dalam perjalanan ke Bukit Kangar.

“Pemandu kereta terbabas ke kawasan semak di bahu kiri jalan dan mengalami kecederaan di kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sejumlah 17 orang anggota bomba daripada 2 buah balai berhampiran iaitu BBP Tangkak dan BBP Muar telah bergegas ke lokasi kemalangan.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan nahas ini diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat iaitu Inspektor Khairul Azmi di talian 011-12445836. – MalaysiaGazette.