Razali (dua dari kiri) mewakili Jamhariah menerima replika Cek berjumlah RM1,000 pada Majlis Jalinan Kasih Ramadan MPOGCF dan Rakan Strategik di sebuah hotel di Petaling Jaya, malam tadi.

PETALING JAYA – Bekas wartawan Berita Harian, Jamhariah Jaafar yang menghidap ketumbuhan di tulang belakang merupakan salah seorang penerima sumbangan khas daripada Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) di sini, malam tadi.

Sumbangan sebanyak RM1,000 itu disampaikan oleh Pengerusi MPOGCF, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli pada Majlis Jalinan Kasih Ramadan MPOGCF dan Rakan Strategik kepada wakil Jamhariah, Razali Awang Abdullah.

Selain itu, Pertubuhan Bekas Kakitangan STMB (EraTV) yang diwakili Ahli Jawatankuasanya, Nurfarahin Jamsari menerima sumbangan sebanyak RM4,000 manakala Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Rukaiyah yang diwakili Siti Eshah Din menerima sumbangan RM4,000.

Turut hadir, Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud dan wakil-wakil industri sawit, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan tinggi serta para pengamal media. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast