KUALA LUMPUR – Dua buah rumah teres terbakar dalam kebakaran di Jalan Bunga Dahlia 8, Taman Aman, Senai Johor, semalam.
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Fauzi Awang berkata, dua buah rumah teres satu tingkat berukuran 20×60 kaki persegi bagi setiap unit dianggarkan musnah sehingga 70 peratus.
“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 malam, dan 18 orang anggota terdiri daripada 2 buah balai iaitu BBP Bandar Baru Kulai dan BBP Kulai telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya.
Menurut beliau, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dan operasi dapat dikawal pada jam lebih kurang 12:46 tengah malam.
Kerja-kerja “overhaul” telah dijalankan sehingga selesai.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam lebih kurang 1:15 pagi – MalaysiaGazette