Pemilik Syarikat Xin Jian Chang, Soh Chin Huat selaku pembekal bercakap pada media berhubung penjelasan isu stokin yang mempunyai cetakan kalimah Allah di Menara KK Super Mart, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 16 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Produk stoking kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart yang tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan rakyat diimport oleh pembekal dari negara China.

Syarikat pembekal  Xin Jian Chang Sdn Bhd yang dijemput dalam sidang media KK Mart hari ini berkata, syarikat itu menerima stoking berkenaan
dalam guni yang tiba di kilangnya di Batu Pahat, Johor tahun lalu.

Pemilik syarikat itu, Soh Chin Huat berkata, dalam guni tersebut terdapat 1,200 pasang stoking yang bercampur dengan pelbagai rekaan dan warna serta jenamanya.

“Pekerja kami kemudian menghantar sendiri stoking-stoking berkenaan ke premis KK Mart bermula 29 Januari lalu dan di situ berlaku kesilapan pekerja kerana tidak pemeriksaan dengan teliti menyebabkan stoking berkenaan dijual di KK Mart,” katanya dalam sidang media yang dibuat oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai di sini hari ini.

Sebaik sahaja dihubungi oleh KK Chai selepas produk stoking kalimah Allah tular, Chin Huat berkata, dia terus menghubungi pihak pengeluar stoking itu di China memaklumkan kepada mereka.

Pengeluar pula mendakwa tidak tahu bagaimana stoking itu boleh ada dalam guni yang dihantar ke syarikatnya tetapi kemudian nengakui ia disebabkan kesilapan pekerja mereka.

“Setakat hari ini, kami sudah melakukan pemeriksaan rapi dan teliti di semua KK Mart dan memastikan tiada lagi stoking tertera tulisan kalimah Allah dijual.

“Kesilapan sudah berlaku dan selaku pemilik syarikat yang membekal stoking kepada KK Mart memohon maaf secara terbuka kerana menjual stoking kalimah Allah terbabit.

“Insiden ini telah memberi pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati dalam proses membawa masuk produk dari luar negara dan kami akan belajar dari kesilapan ini,” katanya sambil mengaku KK Mart menjadi mangsa keadaan dalam isu tersebut.

Dalam pada itu, Penasihat Perhubungan Korporat KK Mart, Haika Daniel turut menafikan kenyataan segelintir pihak yang mendakwa penjualan stoking itu disengajakan oleh syarikat KK Mart adalah tidak benar sama sekali.

“Kita tahu kalimah Allah dekat di hati masyarakat Islam di negara ini, justeru, kita menekankan kenyataan yang mendakwa syarikat sengaja mewujudkan isu ini adalah pandangan tidak tepat sama sekali.

“Sebagai syarikat yang sudah 23 tahun berada di pasaran, kita tidak akan berbuat demikian apatah 60 peratus kakitangan KK Mart beragama Islam dan ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan dan bukannya perancangan,” katanya.

Haikal turut merayu supaya tindakan boikot yang didesak pihak di luar sana dihentikan kerana ia juga berkait dengan nasib pekerja di syarikat berkenaan.

“Kita mempunyai 5,000 pekerja di 800 cawangan di seluruh negara. Dari jumlah itu, 60 peratus pekerja kami adalah yang beragama Islam dan banyak terlibat Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat miskin termasuk beragama Islam sepanjang 23 tahun beroperasi.

“Kita memohon kepada orang luar supaya berhenti memboikot kami (KK Mart) kerana kami juga ada memberikan khidmat dengan menyediakan kemudahan 24 jam kepada masyarakat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Betul betul senang. Bila buat salah, mint maaf, buat salah minta maaf. Tolong belajar guna fikiran manusia yg hidup dlm masyarakat majmuk di Malaysia. Berapa kali umat Islam terutama orang Melayu membuat kesalahan demi kesalahan keatas agama anutan kamu. Seingat saya yg hidup dlm tujuh siri..tak pernah ada provokasi dari orang terhadap AGAMA KAMU. ingat SABAR itu ada had nya.

  2. kita biokot saja,utk pengajaran laun kali, syarikat mesti berhati² ni kira kes 3R ,alasan 60% pekerja islam, kilang goodyear nk tutup kilang tosihba nk tutup mengapa dn kenapa, mereka tidak fikir perkerja islam pn, TETAP BOIKOIT

Comments are closed.