Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai menyimbah cat merah di pagar rumah di Johor Selatan semalam telah ditahan polis.

Penahanan itu dibuat selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima aduan daripada mangsa kira-kira 3.58 pagi semalam.

Polis juga berjaya merampas telefon bimbit, kad akses, sebuah kereta, kunci kereta, pasport Malaysia dan botol plastik mengandungi cat merah.

Selain pagar disimbah cat, pengadu juga menerima sehelai kertas ugutan.

Ekoran kejayaan itu, IPD Johor Bahru Selatan telah menyelesaikan lima kes simbah cat di kawasan sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis IPD Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kes khianat ini didalangi oleh sindiket pinjaman tidak berkesen warga asing.

Suspek berusia 37 tahun itu kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette