Lelaki yang ditahan untuk siasatan kes rosakkan patung di rumah ibadat di Simpang Renggam, Johor.

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes khianat di rumah ibadat di Taman Rekamas, Simpang Renggam.

Lelaki 30-an itu ditahan di Kampung Kurnia, Bandar Dato Ibrahim Majid, dekat Simpang Renggam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh berkata, tangkapan itu suslan laporan polis berkaitan patung batu yang dirosakkan di rumah ibadat tersebut pada 13 Mac lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Lelaki itu telah direman selama empat hari bermula 14 Mac lalu. – MalaysiaGazette