Mohd Hafiz (kanan) dan Pengurus Operasi Bintan Katering, Mohd Faizzal Mihat menunjukkan hidangan utama daging gulai kawah dan kambing golek.

MELAKA – Biarpun kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) meningkat bermula 1 Mac lalu, harga bufet Ramadan tahun ini masih mampu dikekalkan seperti tahun lalu tanpa menjejaskan kualiti juadah ditawarkan.

Itu dibuktikan Bufet Perdana Bintang Katering apabila mampu mengekalkan bufet berbuka puasa pada harga sama seperti tahun lalu bermula 13 Mac sehingga 7 April ini.

Pengurus pemasarannya Mohd Hafiz Mustapa berkata, walaupun terkesan dengan kenaikan SST menyebabkan harga bahan mentah meningkat antara 10 hingga 15 peratus, mereka memilih untuk menanggung kos kenaikan itu.

Biarpun kadar baharu cukai SST meningkat bermula 1 Mac lalu, harga bufet Ramadan Bintang Katering masih mampu dikekalkan seperti tahun lalu tanpa menjejaskan kualiti juadah ditawarkan.

“Ini juga bersesuaian dengan hasrat kami untuk berniaga sambil bersedekah sekali gus memberi peluang terutamanya kepada golongan B40 meluangkan masa berbuka puasa di luar bersama keluarga.

“Dengan harga RM39.90 dan RM25.90 bagi setiap dewasa dan kanak-kanak atau warga emas, kami yakin ramai yang masih mampu untuk menikmati lebih 50 juadah berbuka puasa,” katanya.

Dengan harga RM39.90 dan RM25.90 bagi setiap dewasa dan kanak-kanak atau warga emas, pelanggan boleh menikmati lebih 50 juadah berbuka puasa.

Menurutnya, bagi memastikan pelanggan tidak jemu dengan jenis hidangan ditawarkan, ia akan ditukar mengikut hari-hari tertentu.

“Namun, kita masih mengekalkan hidangan utamanya iaitu daging gulai kawah, sup kambing dan kambing golek pada setiap hari selain pelbagai jenis air panas dan sejuk, kuih, bubur, dan gerai masakan panas.

“Juadah lain adalah ayam kerutub, nasi tomato, nasi Arab, ayam percik, bubur lambuk dan pelbagai jenis kek serta manisan lain,” tambahnya.

Bagi memastikan keselesaan pelanggan, Bintang Katering turut menyediakan ruang makan berhawa dingin, surau dan taman permainan mini untuk kanak-kanak selain permainan belon menawarkan hadiah wang tunai.

Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi talian 017-8244375/ 017-6977563 atau terus datang ke The Balairong Pokok Mangga, Plaza Pandan Perdana. – MalaysiaGazette.