KUALA LUMPUR – Kawasan Pokok Sena di Kedah kini berada pada Tahap 2 (gelombang haba).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengemas kini status cuaca berkata, suhu maksimum harian tahap gelombang haba ialah 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Menurutnya, terdapat 17 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar) Kedah, (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang) Perak, (Raub, Temerloh dan Bera) Pahang, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur.

Tahap Berjaga-Jaga mengalami suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. – MalaysiaGazette