Foto: Bomba

KUALA LUMPUR – Kawasan hutan Bukit Broga di Semenyih, Selangor terbakar, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 7.39 malam.

“Pasukan mendapati kebakaran membabitkan hutan atas puncak 1 Bukit Broga,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, kawasan kebakaran itu dianggarkan seluas 0.8 hektar dan kerja pemadaman giat dilakukan. – MalaysiaGazette