Mohd Shahar Abdullah kini menyambung pengajian ke peringkat PhD dalam bidang Kejuruteraan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) Foto kredit : Facebook milik Mohd Shahar Abdullah

KUANTAN – Ahli Palimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kecerdasan Buatan.

Difahamkan bekas Menteri Kewangan I itu kini menjadi penuntut di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) di bawah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini.

“Alhamdulillah. Semoga Allah SWT permudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu di peringkat PhD dalam bidang Kejuruteraan Kecerdasan Buatan (Artificial Intellingence).

“Saya secara rasminya pagi tadi mendaftar di Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJITT).

“Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baharu ini. Doakan saya,” katanya.

Shahar berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook miliknya. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast