KUALA LUMPUR – Sebuah lori dengan muatan konkrit terbakar di Kilometer 218, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan menghala Alor Gajah, Melaka hari ini.
Komander Operasi Bomba Melaka, Mohd Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 2.20 pagi.
Menurut beliau, seramai 23 orang pasukan bomba daripada tiga buah balai berhampiran iaitu Balai Bomba Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Tangga Batu dan BBP Rembau telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman yang berlaku dan dianggarkan sehingga 50 peratus kebakaran,” katanya.
Bagaimanapun tidak ada sebarang laporan kemalangan jiwa dilaporkan.
Operasi ditamatkan 4.20 pagi setelah memastikan tiada lagi punca api dan kemerbahayaan lain. – MalaysiaGazette