KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyeru umat Islam keseluruhannya memboikot dengan tidak berbelanja di rangkaian serbaneka KK Mart bagi memberi pengajaran serta mengambil tanggungjawab sosial susulan penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.
Presidennya, Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, pihaknya yakin kejadian seperti itu pasti berulang jika tiada tindakan dan hukuman yang setimpal dikenakan kepada pihak yang terlibat.
“ISMA memandang serius insiden penghinaan terhadap kesucian agama Islam yang sering berlaku terutama pada bulan Ramadan.
“Perkara ini bukan kali pertama berlaku dalam sejarah negara kita, bahkan Ramadan kali ini pula insiden penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di beberapa kedai rangkaian serbaneka KK Supermart,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Shuhaib, pihak yang terlibat merupakan rakyat Malaysia yang sepatutnya sudah faham mengenai titik sensitiviti umat Islam.
Bagaimanapun katanya, mereka seolah-olah sengaja mahu mencabar umat Islam dan disebabkan itu umat Islam wajar menyatakan kemarahan dan kekesalan mereka terhadap insiden ini kerana ianya adalah tanda rasa sayang dan cinta kepada Islam.
“ISMA menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit termasuk individu-individu yang turut menghina kesucian nama Allah SWT.
“Ini kerana kesalahan yang dilakukan telah menimbulkan suasana tidak selesa dalam kalangan umat Islam yang merupakan penduduk majoriti negara ini.
“Sebarang pelanggaran undang-undang negara tidak boleh terlepas dengan hanya permohonan maaf sahaja, apatah lagi dalam insiden ini adalah penghinaan terhadap nama suci Allah S.W.T,” tegasnya. – MalaysiaGazette
Buat salah minta maaf, buat salah minta maaf, lepas itu buat lagi..Apa yg kaum ini hendak sebenarnya. kamu ingat kami umat Islam takde perasaan. selama hidup sudah lebih setengah abad aku tidak pernah terlihat laporan polis yg mengatakan khianat, mencaci, menghina agama lain dilakukan oleh orang Islam. ambil contoh di Kelantan, ada kami menghina patung Buddha yg dibuat penganut mereka didalam komuniti melayu Islam.. cukup cukup lah jgn terlalu mencabar kesabaran kami.