Mohammad Zyed Ibrahim

KUALA LUMPUR – Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki, Mohammad Zyed Ibrahim, 38, bagi membantu siasatan kes Op Samba 2.0 melibatkan sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.

Alamat terakhir lelaki tersebut di Blok A-17-29 Mesahill Apartment Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat PKPs Mohammad Riduwan Mohammad Radzi di talian 016-4603096 atau email kepada [email protected]. – MalaysiaGazette