SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warganegara Bangladesh di sebuah kilang di Seksyen 36, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek ditahan juga merupakan seorang warganegara Pakistan.
“Untuk makluman awal, ada kejadian bunuh di sebuah kilang Seksyen 36 Shah Alam.
“Si mati seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang suspek lelaki Pakistan telah berjaya ditahan,” katanya dalam satu makluman, hari ini.
berita menyusul