Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima aduan berhubung kutipan dana secara tidak sah yang dilakukan oleh Persatuan Kebajikan Usahahawan OUG Kuala Lumpur daripada penjaja Pasar Pagi OUG.

“Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kebenaran dikeluarkan untuk mengutip apa-apa bayaran daripada penjaja-penjaja di Pasar Pagi Taman OUG bagi tujuan pembersihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia kerana DBKL telahpun menyelaras maklumat berkaitan jadual dan pelaksanaan pengurusan kutipan sampah di pasar pagi itu bersama pihak persatuan dan Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB).

Sebelum ini, DBKL melantik persatuan itu sebagai wakil pengurusan untuk menyelia Pasar Pagi Taman OUG, Seputeh.

Pelantikan ini dibuat dari hasil sesi pengundian yang diadakan pada penghujung Ogos 2023 untuk pemilihan bagi jawatan Pengerusi dan barisan jawatankuasa penganjur. – MalaysiaGazette