Seramai 97 pelajar tahfiz menggalas tanggungjawab sebagai imam terawih di 46 surau terpilih bagi mendekati masyarakat orang Asli di Pahang

KUANTAN – Seramai 92 pelajar tahfiz dilantik menjadi imam solat tarawih di surau Kampung Orang Asli di sekitar Pahang pada Ramadan kali ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, kesemua mereka akan menerima elaun imam elaun tarawih.

“MUIP memperuntukkan sebanyak RM92,000 bagi menyediakan elaun imam tarawih sepanjang Ramadan. Mereka akan berada di surau kampung Orang Asli di Pahang selama sebulan dan berakhir sehingga 27 Ramadan.

“Anak-anak tahfiz ini bersama komuniti Orang Asli bagi menghidupkan amalan dan mengimarahkannya Ramadan bersama saudara Islam Orang Asli di negeri ini,” katanya.

Menurut Dr. Asmadi, sebanyak 46 surau orang terpilih bagi menjayakan program pengimarahan itu bersama pelajar tahfiz sejak awal Ramadan lalu.

Tambahnya, dakwah tersebut bagi memantapkan penghayatan Islam terutamanya bulan Ramadan kepada golongan mualaf dalam kalangan Orang Asli.

Antara aktiviti sempena Ramadan ini termasuk menziarahi penduduk, bertarawih, bertadarus al-Quran dan menghidupkan solat malam bersama penduduk kampung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast