Pasukan penyelamat berada di lokasi runtuhan bangunan dua tingkat di New Delhi. Foto ANI

NEW DELHI – Dua orang terbunuh manakala seorang lagi kritikal selepas bangunan dua tingkat runtuh di Kabir Nagar di sini.

Kejadian itu berlaku awal pagi tadi, kira-kira jam 2.16 pagi.

Tingkat pertama bangunan itu kosong tetapi premis di tingkat bawah digunakan sebagai premis memotong seluar.

Menurut polis, dua mangsa diselamatkan di lokasi kejadian meninggal dunia di hospital.

Ketika kejadian mangsa sedang tidur.

Polis sedang mengesan pemilik bangunan berkenaan. – Agensi