Aznan Tamin melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra hari ini.

KULAI – Tiga pelajar lelaki yang didakwa diliwat pemimpin sayap pemuda sebuah parti di Mersing akan diberikan khidmat kaunsling menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, kaunseling itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, kita tunggu polis jalankan siasatan terlebih dahulu,” katanya selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra hari ini.

Semalam polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah.

Dalam pada itu beliau turut mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an pada hari sama.

Sebelum itu, tular satu laporan menyatakan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik ditahan, disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan haram tanpa kerelaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast