Dr. Asmadi Abdul Rahman

KUANTAN – Majlis Ugama Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan hampir RM20.3 juta untuk sumbangan Ihya Ramadan Masjid pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, peruntukan tersebut akan diagihkan kepada kepada 38,965 penerima pada tahun ini.

Manakala 686 masjid dan surau pula menerima peruntukan RM4.2 juta.

Sebanyak 149 maahad tahfiz, madrasah dan pondok  berdaftar juga menerima sumbangan berjumlah RM292,500

Tiga buah masjid di tiga buah institusi pengajian tinggi di negeri ini pula menerima RM300,000 daripada MUIP.

Bantuan kepada 11,550 golongan asnaf dan miskin yang menerima zakat bulanan pula berjumlah RM5.2 juta.

Dalam pada itu, sebanyak RM80,000 pula disumbangkan kepada Dapur Infaq Ummah berupa pek makanan juadah berbuka puasa secara percuma kepada golongan rentan. – MalaysiaGazette