Foto Instagram Shuib.

KUALA LUMPUR – Belum selesai isu sebagai duta KK Mart, pelawak dan usahawan, Shuib terus dikecam netizan kerana berkongsi momen anak perempuannya datang haid.

Segelintir netizen berpendapat perkara sebegitu tidak perlu dikongsi di media sosial malah dan hanya perlu diketahui oleh ibu bapa sahaja.

Kata mereka, seboleh-boleh wanita yang datang haid tidak mahu keadaan itu diketahui oleh orang ramai di mana membeli tuala wanita dan tidak berpuasa secara sembunyi.

Semalam, Shuib menerusi satu hantaran video di Instagram dilihat tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata apabila mengetahui Dzahira Talita Zahra datang haid menandakan dirinya sudah akil baligh.

Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, perubahan fasa anaknya melangkah alam dewasa itu akan dikenang dalam ingatan buat selama-lamanya.

Malah Shuib turut mendoakan agar Talita membesar menjadi seorang wanita yang solehah.

“Cerita 21 Mac 2024, sebelum berbuka puasa tadi. Satu-satunya anak perempuan daddy (panggilan Shuib) dah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara.

“Hari ini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat,” katanya.

Pada masa sama, Talita juga dilihat menangis sambil dipeluk Shuib.

Dalam pada itu, Shuib sempat bertanya kepada pengikutnya adakah normal seorang bapa menangis apabila anak perempuan mereka sudah masuk ke alam dewasa.

Sebelum itu, Shuib memberitahu, dia tidak teragak-agak melepaskan tanggungjawab sebagai Duta KK Mart jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah.

“Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau memang tiada rezeki saya, maka tiadalah. Kalau ada rezeki saya, adalah.

“Tetapi macam mana pun, saya tetap kena letak pendirian bahawa saya adalah seorang Islam,” katanya ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media.

Namun netizen berpendapat Shuib sepatutnya meletak melepaskan tanggungjawab sebagai Duta KK Mart serta-merta. – MalaysiaGazette