Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU –  Seorang pemilik perniagaan mesin permainan kanak-kanak dan seorang pekerjanya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat kerana didakwa memberi rasuah kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Menurut sumber, lelaki masing-masing berusia 45 dan 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi di Pejabat SPRM Johor.

Suspek dipercayai telah memberikan wang rasuah sebanyak RM4,000 kepada penguat kuasa MBIP sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas premis perniagaan suspek yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.

Premis perniagaan tersebut telah diberikan Notis Memberhentikan Aktiviti Perniagaan  atau Tanpa Lesen kerana telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen di bawah undang-undang kecil Perlesenan, Tred Perniagaan & Perindustrian (MBIP) 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Beliau menyeru orang ramai agar tidak cuba memberi atau menawarkan rasuah kepada mana-mana penjawat awam kerana ia merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast