Naib Canselor UMPSA, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin (tengah) mengagihkan bubur lambuk dan gulai kawah kepada orang ramai di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 semalam

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengagihkan 2,000 pek bubur lambuk dan 500 pek gulai kawah kepada komuniti setempat di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 semalam.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin berkata juadah tersebut dimasak sendiri pihak UMP secara bergotong-royong di masjid menerusi Program Memasak Bubur Lambuk UMPSA.

“Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang amat sedap dimakan pada bulan puasa di Malaysia. Saban tahun UMPSA akan memasak secara bergotong-royong di masjid UMPSA  untuk diagih-agihkan kepada pelajar,” katanya.

Menurutnya  program dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni  dengan kerjasama rakan strategik, Isuzu Hicom Malaysia Sdn  Bhd dan  Maxis Berhad yang  menjayakan program dengan memasak lapan kawah bubur dan dua gulai kawah sebagai juadah berbuka puasa

Turut sama menyertai program itu ialah pihak UMPSA Advanced Education, UMP Holdings, Fakulti Teknologi kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses dan kakitangan Masjid Sultan Ahmad 1. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast