Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang imam rebah dan meninggal dunia ketika beliau sedang mengimnmkan solat Subuh di Masjid Kampung Sermin, Segamat , semalam.

Ketua Polis Segamat, Supt. Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima makluman kejadian daripada Hospital Daerah Segamat pada jam 7.55 pagi semalam yang mengesahkan kematian seorang lelaki semasa rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan

“Hasil siasatan mendapati si mati yang berumur 60-an merupakan imam di Masjid Kampung Sermin, Segamat dan beliau telah rebah dan terhantuk pada kayu mimbar ketika sedang mengimimkan solat subuh di masjid berkaitan,” kattanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Zamry, siasatan dan bedah siasat mendapati imam tersebut mengalami masalah kegagalan fungsi organ jantung yang menjadikan punca kejadian rebah dan meninggal dunia.

Tambah beliau, siasatan kes telah selesai tanpa melibatkan sebarang unsur jenayah. – MalaysiaGazette