Logo Jabatan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR – Sabah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sejak 8 malam semalam hingga 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Kimanis dan Politeknik Kota Kinabalu.

Bacaan IPU di Politeknik Kota Kinabalu yang direkodkan pada jam 9 pagi ini ialah 112, menurun berbanding 152 yang direkodkan pada jam 11 hingga 12 malam tadi.

Manakala bacaan IPU tidak sihat 113 dikesan di Kimanis jam 5 pagi tadi sebelum meningkat kepada 118 pada jam 7 pagi tadi.

IPU berskala 0-50 dikategorikan sebagai sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – MalaysiaGazette